Tuesday, 5 August 2014

Cara Menyimpan Susu Ibu (Perahan)

Susu ibu adalah susu terbaik di dunia. Even though susu beku kita tu pun lebih baik dari susu formula. Masya Allah.. Benar, tiada apa yang dapat melawan ciptaan Allah. 

Bangga saya dapat menyusukan anak. Gembira tengok anak membesar dengan susu kita sendiri. Bersyukur dapat merealisasikan impian sendiri untuk menyusukan walaupun berusaha berbagai cara demi memberi yang terbaik untuk anak. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas setiap rezeki yang telah Kau berikan kepada kami.

Saya seronok bila diajukan soalan berkenaan susu ibu ni. Walau bukan lah seorang yang pakar tentang ini, tetapi pengalaman adalah guru terbaik selain sumber-sumber bacaan yang banyak saya perolehi dari Google dan bahan-bahan bacaan lain.

Soalan paling kerap diaju adalah berkenaan cara penyimpanan susu ibu. Ya, untuk menjaga kualiti susu ibu, cara penyimpanan adalah penting. Jangan ambil mudah ya.


Soalan 1 :
Berapa lama susu saya boleh bertahan?

a) Suhu bilik - boleh bertahan sehingga 4 jam.
b) Peti ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja kerana suhu peti ais 1 pintu tak sama dengan suhu peti ais 2 pintu. 
c) Peti ais bawah (2 pintu) - bertahan paling lama 72 jam tetapi selalunya saya amalkan 48 jam sahaja. Selepas 48 jam, saya akan pindahkan susu ke bahagian atas peti ais.
d) Peti ais atas (2 pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan tetapi bergantung kepada kekerapan membuka pintu peti ais. Semakin kerap dibuka, semakin kurang jangka hayatnya. Saya ambil 3 bulan sahaja kerana pintu ais rumah saya setiap hari mesti kene buka. heee~
e) Deep freezer - bertahan paling lama antara 6-12 bulan. Juga bergantung kepada kekerapan pintu dibuka juga. Tapi insya'allah pintu yang ini tak buka setiap hari.. heee~

* untuk menggunakan susu beku dari freezer itu, susu tersebut perlu dicairkan (thawed) terlebih dahulu. Susu yang telah dithawed perlu digunakan dalam masa 24jam dari ianya cair sepenuhnya. Tetapi sekiranya anda dapati susu tersebut masih belum basi atau berbau kurang enak, ianya masih boleh digunakan. Cuba elakkan menyimpan susu di pintu peti ais. Simpan di bahagian dalam peti ais adalah lebih baik.

Soalan 2 :
Berapa lama susu yang telah dipanaskan boleh digunakan?

a) Susu yang disejukkan di bahagian bawah peti ais - selepas dipanaskan dan baby dah minum boleh simpan 1-2 jam. Jika belum diminum boleh bertahan 3-4 jam. 
b) Susu beku (thawed) - selepas dipanaskan boleh bertahan 1 jam sahaja dan perlu dibuang selepas itu.

Soalan 3 :
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?

Anda boleh menggunakan warmer tetapi tidak boleh melebihi suhu 100 darjah celcius. Atau cara yang paling saya suka ialah dengan merendamkan botol susu kedalam air panas sehingga ia menyamai suhu badan. JANGAN guna air panas menggelegak ya dan JANGAN sesekali memanaskan susu di atas api.

Soalan 4 :
Bolehkan saya mencampurkan susu yang berlainan waktu perahan ?

Sebenarnya tidak digalakkan kerana akan mengakibatkan kekurangan khasiat. Tetapi hasil perahan kita setiap masa adalah berbeza. Ada banyak dan ada sedikit. Bagi saya, jawapannya adalah BOLEH dan pastikan suhu kedua-dua susu adalah SAMA sebelum anda mencampurkannya.

Soalan 5 :
Bolehkan saya menyimpan baki susu yang baru diperah, yang tidak habis anak minum ke dalam peti ais untuk kegunaannya semula?

Tidak digalakkan anda berbuat demikian kerana campuran air liur baby mengandungi enzim dan bakteria. Jadi untuk memudahkan anda dan mengelakkan pembaziran, anda boleh mengasingkan jumlah susu yang ingin disimpan. Contohnya hasil perahan adalah 8oz. Anak anda minum 4oz. Jadi, asingkan 4oz untuk disimpan dan 4oz untuk anak anda minum. 


Saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu para ibu yang berniat untuk menyusukan anak dan menjadi pengepam tegar seperti kami. Berilah yang terbaik untuk anak anda. Anak adalah amanah Allah yang perlu kita jaga sebaik mungkin.

Salam sayang :)



No comments:

Post a Comment