Wednesday, 13 August 2014

Projek Kahwin Sahabat Baik Saya (Nurul Huda + Arafa)



Untuk projek kahwin Nurul dan Arafa ni, saya diberikan tugasan sebagai penggubah hantaran. 8 dulang semuanya. Sirih junjung saya tolak awal-awal sebab memang tak yakin langsung nak buat.. hehe
Bunyi macam profesional, walhal nak gelar amatur pun belom layak lagi. Hi hi hi

Tetapi saya gagahkan diri juga menerima tugasan ini. 

Mula menggoogle gubahan hantaran yang ada. Pheww... Cantik-cantik semuanya. Rasa macam tak mampu nak buat. Sebenarnya Nurul hanya request gubahan menggunakan artificial flower je, tetapi niat di hati nak buat surprise, so saya pun tempahlah fresh flower. Tapi dalam hati, masih ragu-ragu akan kemampuan diri. Takut tak menjadi. 

Bunga ditempah awal untuk menggelakkan risiko stok takde. Span basah dicari, tetapi takde kat Melaka, so pengantin yang kena belikan kat KL. 

Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Hari Jumaat, pukul 5 pagi, berbekalkan bayangan hantaran hasil google tempoh hari, projek menggubah dimulakan dengan bismillah. Tapi biasalah, nama pun tak profesional, cucuk sini cabut balik.. pastu cucuk sana pulak... Try and error. Akhirnya semua hantaran siap digubah pada pukul 1 petang.

Settle menggubah, proses menghantar pulak. Part nih, memang paling mencabar. haha
Berbekalkan 2 tangan dan 2 kaki, kepit, pegang, tahan 8 dulang hantaran dalam kereta. Ha ha ha.. Nasib baik lady driver hari itu cekap dan profesional. Ye dak Zarina? :)
Tergelak-gelak dalam kereta. Rasa jauh macam Melaka-Kuala Lumpur masa tu padahalnya 20 minit je dah sampai. Alhamdulillah, hantaran selamat dihantar. Yeayy

Pelamin sangat cantik. Pengantin lagi cantik. Masya Allah...

Akhirnya, selepas Isya' Nurul Huda sah menjadi isteri kepada Arafa dengan sekali lafaz.
Majlis bersanding pada keesokan hari dan majlis menyambut menantu di Kuala Lumpur juga berjalan dengan lancar sekali. Alhamdulillah.

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Nurul Huda dan Arafa. Selamat melayari bahtera rumah tangga. Semoga sentiasa sepakat dan bertolak ansur antara satu sama lain. Kami doakan agar ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke SyurgaNya dan sentiasa diredhai Allah. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak..

Ok nak share beberapa gambar dari proses pertama menggubah dan sekitar majlis perkahwinan Nurul dan Arafa. 



Span basah yang diimport dari Florestika Damansara. Kat Melaka non hado.. Kesian ! Tapi yang bulat tu je, span empat segi tu beli kat Melaka. 





Ni pic hantaran yang da siap sepenuhnya.. Boleh terlupa nak snap pic satu-satu. Haishh..

Sahabat baik dunia akhirat. Insya'allah..

Majlis Sanding di Melaka. Budak kecik yang tengah tu bangga dapat pegang bunga, ihikss
Kami anak beranak enjoy habisss.. haha

Laki bini jadi pengapit untuk Majlis Menyambut Menantu di KLGCC.

Orang kuat majlis.


Salam sayang..
Daaa~

No comments:

Post a Comment