Thursday, 28 August 2014

Testimoni Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee



Ini adalah gambar kiriman customer saya yang menggunakan herbal blend untuk luka di punggung bayinya. Ketika ini, bayi itu baru sahaja berusia 3-4minggu. Ya, masih dalam pantang.

Doktor mengesahkan najis berasid adalah punca kepada luka ini. Memang sangat kasihan. Sepanjang waktu itu berbagai krim telah dicuba tetapi tidak membantu. Setiap kali membuang air kecil atau besar, bayinya akan menangis. Si ibu pula akan menukar lampin bayinya setiap 30 minit sekali. Ketika menukar lampin juga bayinya akan menangis. Hati ibu mana yang tak pilu. Lebih-lebih lagi ini adalah bayi sulung mereka.

Akhirnya si ibu meminta pendapat saya. Zass gambar dihantar. Masya-Allah, terkejut saya tengok. Terasa kepedihan yang dialami bayi itu. Saya telah mencadangkan si ibu untuk mencuba Herbal Blend Multipurpose Cream. 

Setelah 3 hari menggunakan Herbal Blend, si ibu menghantar gambar terkini bayinya. Alhamdulillah.. Teruja saya. Kulit punggung bayinya telah sembuh dari sebarang luka. Malah licin ! Gembiranya rasa masa tu Allah je yang tahu.. Gembira dapat bantu si ibu dan bayinya. Suka suka suka...

Siapa sangka luka itu boleh sembuh dalam masa 3 hari penggunaan. Walau apa pun, itu adalah atas izin Allah juga. Allah jua yang menyembuhkan segala penyakit. Dan jangan lupa, sebagai manusia, kita perlu berusaha ya dan ikhtiar selagi termampu. Insya'allah, Allah pasti akan membantu hambaNya yang sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya.

Sekiranya anda mempunya saudara-mara atau sahabat handai yang menghadapi masalah kulit seperti ruam,eczema dan gatal-gatal, bolehlah cadangkan mereka mencuba Herbal Blend Multipurpose Cream ini. 

Bukan itu sahaja, ia juga bagus untuk kulit kering dan tumit kaki yang pecah. Cubalah. Jika tidak mana mungkin ribuan orang jatuh cinta pada Herbal Blend ni. Jangan lengah-lengah. Stok sangat terhad kerana ada orang yang makan minum mandi tidur dengan Herbal Blend ni. Sekali borong sampai 300 tiub.. Grrrrr..

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi PERCUMA.

Nama : Ainur
No. Telefon : 012-3960516
Emel : ainur.azura@yahoo.com

#shakleeeffect
#s2uFamilies
#s2united


No comments:

Post a Comment