Thursday, 11 September 2014

ESP rendah indeks glisemik.

Indeks glisemik (GI) rendah dalam ESP adalah salah satu faktor kenapa ESP ini sangat bagus untuk pesakit diabetes dan mereka yang ingin menurunkan berat badan, selain Non-Gmo Soy yang digunakan untuk ESP tu. Tapi ramai yang tak faham fungsi GI rendah itu sendiri. Jadi, mari kita belajar sama-sama.

Indeks glisemik (GI) ialah kadar penyerapan karbohidrat pada skala 0-100 dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah. Secara ringkasnya semakin cepat kadar penyerapan/penguraian ini, semakin tinggi indeks glisemiknya. 

Makanan rendah GI adalah lebih perlahan dicerna , jadi kita akan merasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama dan oleh itu ia melambatkan rasa lapar yang mungkin berlaku antara waktu makan. Ini menghalang kita makan secara berlebihan dan memastikan kawalan kalori. Secara langsungnya boleh menurunkan berat badan kan? GI rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan dan teratur sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan kita pada kadar yang terkawal.

Berikut adalah skala bagi GI makanan.


GI tinggi
70 dan ke atas
GI sederhana
56 - 69
GI rendah
55 dan ke bawah

GI tinggi   - gula cepat tukar kepada tenaga. Jadi makan sikit terus kenyang tetapi cepat juga laparnya.

GI rendah - gula lambat tukar kepada tenaga tetapi tenaga tu continuously ada kerana tenaga yang terhasil sediki-sedikit daripada penukaran gula yang perlahan terbebas dari makanan itu.


"Minum ESP, cepat lapar la."

Ok, beberapa orang customer pernah mengadu tentang ini. Malah saya juga mengalaminya. Sebenarnya ia adalah normal. Keadaan ini dipanggil healing crisis. Apabila kita mengambil makanan tambahan (supplement), kita perlu air yang mencukupi. Jadi apabila badan  kekurangan air, otak akan mentafsir sebagai lapar tetapi sebenarnya kita haus je. 

Apa kaitan GI dengan rasa lapar?

Rasa cepat lapar semasa permulaan ambil ESP tu ada kaitan dengan nilai GI yang rendah dalam ESP itu. (Ingat tadi GI = pelepasan gula daripada sumber makanan ke dalam darah.)
Badan kita da biasa dengan nasi lemak, roti canai, mee goreng dan sebagainya semasa sarapan yang mana mempunyai GI yang tinggi jadi kita cepat kenyang kerana pelepasan gula itu berlaku dengan cepat ke dalam darah. Jadi apabila tiba-tiba kita bertukar kepada makanan rendah GI (ESP), mula lah rasa tak keruan timbul. Dalam erti kata lain, badan kita tengah regulate atau biasakan diri dengan lower GI food. 

Jadi, kesimpulannya anda perlu teruskan pengambilan ESP ini sekiranya anda bercadang untuk menurunkan berat badan dan beralih kepada cara pemakanan sihat walaupun anda berasa cepat lapar selepas pengambilan ESP. Keadaan ini hanya sementara sahaja.


ESP untuk pesakit diabetes?

Bagi penghidap diabetes, lebih-lebih lagi yang pankreasnya sudah kurang berfungsi tidak boleh menerima gula dalam kuantiti yang banyak secara tiba-tiba. Boleh terus jem tau. Pangkreas tidak boleh mengeluarkan hormon insulin. (Insulin yang membantu menukarkan gula kepada tenaga). Jadi sekiranya pesakit diabetes mengambil ESP (GI ESP rendah), pelepasan gula adalah perlahan dan ia membolehkan badan pesakit menukarkan gula kepada tenaga. 

Kesimpulannya, bagus ke bagus ESP ni?



Cuba dahulu baru boleh menilai. Jangan hanya mendengar pendapat orang ye.

Saya pengedar Shaklee anda yang berilmu.

Ainur Azura
012-3960516
ainur.azura@yahoo.com

No comments:

Post a Comment