Ketika zaman anak kecik masih kecik. Tak reti follow ke sana ke mari.
Ketika zaman, kalau nak baking malam tu, tetap juga ku baking walaupun jam dah pukul 10 malam dan settle semua pukul 1.30 pagi. dan esoknya kerja pulak. Ha ha ha ha
Boleh bayangkan zaman kerajinan saya tu?
Saya bab dessert memang "hantu".. Sebab tu laaa payah nak kurus. muahaha
Blueberry Tiramisu ni kalau saya x silap, saya buat ketika hari raya. Nak jamu kawan-kawan atau jiran datang beraya. Tahun 2013 tau, bukan tahun 2014. hihihi
Senang je nak buat, tutup mata, bukak mata. Tinggg.. Siapp ! hehe okeh tipu.
Meh tepek resipi kat sini pulak..
Jemput buat ya..
![]() |
Ini hasil kerja tangan saya tau. |
Bahan-bahan :
A) 150g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula aising
B) 250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula aising
C) sepeket biskut tiramisu
buah untuk hiasan
Cara-cara :
1) Campurkan kesemua bahan A. Ketepikan.
2) Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula aising. Pukul lagi. Masukkan kedua-dua whipped dan whipping cream. Dan pukul hingga lebam.. hik hik hik
Dan bolehlah start melayer tiramisu kita nih.. Mulakan dengan bahan A.. kemudian letakkan lady finger dan bubuh cream pula.. Ulang langkah hingga selesai.. Kita buat dalam bekas comel2 so senang nak serve kat tetamu.. Kalau tak rajin, boleh bubuh dalam satu bekas besar dan potong untuk dihidangkan.. Haaaa, jangan lupe ye simpan dalam peti sejuk sebelum makan.. simpan lama-lama tau.. 5-6jam camtu.. lagi lama lagi baik..
Pesanan penaja, sila simpan betul-betul sejuk dalam peti sejuk ye.. kalau tak nanti lady finger kita tu tak lembut. Jangan salahkan resipi saya ye.. hehe
Ok kesayangan semua.. Dah makan ni kene makan Shaklee tau. Nak tahu apa yang bagus? Hubungi saya ye. 012-3960516. Daaa~
Rajinnye.. ni mesti tet yg order nk mkn ni... hihi
ReplyDeleteTet x suka makan benda-benda cani.. uwaaaaaa...
ReplyDeleteKita makan sorg je Farah :(