Thursday, 8 January 2015

Resipi Cheesekut sedap dan mudah.

Harini nak share resipi cheesekut gak tapi versi lain..

Kalau haritu kita guna biskut marie, ni guna biskut lemak comel-comel plak.

Biskut ni cari kat 7 eleven tak jumpa, tapi macam biasa jumpa kat Cowboy. Ni pun sebab ternampak masa cari biskut marie coklat aritu.

Jom kita tengok resipinya yang sangat mudah dan cepat tu. Jangan x tahu, rasa sedap tau walaupun nampak ringkas.

Bahan-bahan yang diperlukan:

 1         peket biskut cream crackers.
250g    cream cheese.
1/3 tin  susu pekat.
250ml  fresh milk.
1          peket Nestum.

Guna biskut ni tau.. Mesti biskut ni.

Saya guna Tartura je. More creamy and cheesey.

Kaedahnya :

Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang. Kalau rasa ia terlalu pekat, boleh masukkan satu sudu besar fresh milk. Bubuh sikit-sikit, jangan jadi terlalu cair pulak. 

Sediakan bekas. Saya guna bekas sedia ada je.

Celup biskut dalam fresh milk tadi dan susun rapat-rapat dalam bekas tadi. Sapukan cream cheese dan kemudian taburkan Nestum. Ulang proses dan pastikan lapisan terakhir adalah cream cheese. Masa celup biskut tu jangan lama-lama. Anggaran 1 minit je.

Susun rapat-rapat macam ni.


Dan hasilnya... Tadaaaaaaaa...
Biskut tu 1 peket tak habis guna pun.. hehe

Dapat 1 bekas sedang dan 1 bekas kecil.
Senang je.. Jangan lupa buat tau..


No comments:

Post a comment