Monday, 15 January 2018

Persediaan ke Jepun Untuk Musim Sejuk.

Winter atau musim sejuk di Jepun kering dan berangin. Jadi adalah sangat penting untuk kita pastikan badan kita tak dehydrated. Sejuk + minum banyak air = toilet berkali-kali. Itu dah pasti lah kan 😂 

Ini adalah kali pertama untuk kami sekeluarga nak merasa winter. Jadinya banyak kelengkapan yang kami perlu sediakan. Betul kata orang, pertama kali ni memang belanja besar sikit sebab nak beli winter jacket, fleece jacket, long john, scarf, earmuff, glove, beanie hat (eh! segala macam la tak terlist)  tapi lepas ni dah tak perlu beli lagi. Boleh caya ke? Hehehe.. Kedai pilihan dah tentu Universal Traveller. Sampaikan lintas depan kedai je Marissa da warning takmo masuk 😅

Selain pakaian yang sesuai, ubat-ubatan sangat penting untuk kita bawa dari sini lebih-lebih lagi jika anda ada penyakit sedia ada dan bawa anak kecil bersama. Kos perubatan di Jepun sangat-sangat mahal dan oleh kerana itu juga adalah dinasihatkan untuk membeli travel insurans yang bersesuaian. 

Antara ubat/vitamin yang kami bawa ialah :
  • Paracetamol
  • Ubat selsema spray (kids)
  • Ubat batuk (adult & kids)
  • Ubat demam (syrup)
  • Vitamin C (adult & kids)
  • Vitalea - multivitamin (adult)
  • Ostematrix - pil kalsium (adult)
  • Nutriferon
  • Omega Guard (fish oil)
  • Cool fever
  • Minyak angin




Keperluan lain :
  • Tisu
  • Wet wipes
  • Plaster
  • Lip balm
  • Lotion/cream
Kami juga bawa bekalan makan dari Malaysia. Selain dapat jimatkan belanja, ia juga dapat jimatkan masa ketika travel. Tapi tidaklah kami bawa serai, bawang segala. Sekadar makanan instant sahaja. Tinggal panaskan je kalau nak makan.



 Beras kami bawa dari Malaysia juga. Yang kami beli di sana cuma telur, minyak masak (sunflower oil) dan garam. Tu pun terlupa nak bawa garam dari Malaysia. Sekali nahh, sekilo garam. Takda paket kecil 😅 Makanan ringan juga perlu untuk alas perut dan kudapan. Time-time sejuk kan asyik lapar je hahaha.. 

Sebulan sebelum fly, kami ambil vaksin Influenza untuk Marissa. Kalau kita yang deeasa nak ambil pun boleh. Kos suntikan RM80.00 di Klinik Dr. Lee On Loy, Mahkota Medical Center Melaka. Sebelum datang call dulu ye tanya vaksin tu available atau tidak. Dinasihatkan ambil suntikan tu sekurang-kurangnya sebulan sebelum agar vaksin tu efektif dan kalau ada tindakbalas dengan badan anak at least masih ada masa untuk recover. Satu suntikan tahan untuk tempoh satu tahun. 😊

Sambung dalam post seterusnya... daaa~






           





No comments:

Post a Comment