Thursday, 8 March 2018

Makanan untuk 'melawan' kanser.

Seperti tubuh orang normal, badan pesakit kanser mempunyai asid tinggi dan pola diet yang diperlukan ialah makanan beralkali bagi mengimbangi tubuh mereka.

Walau bagaimanapun mereka berisiko mengalami komplikasi lain disebabkan sel antibodi badan yang rendah. Ia menyebabkan mereka lebih terdedah kepada ancaman penyakit atau partikel karsinogen yang bebas di persekitaran mahupun makanan bersifat karsinogenik.




Berdasarkan kajian Dr. Yasmeen Farouk Mohamed , pengamal rawatan holistik dan pengkaji berpengalaman lebih 13 tahun dalam kajian mengenai makanan mahupun diet untuk pesakit kanser, makanan mengandungi unsur glukosa termasuk madu boleh merangsang perkembangan sel kanser. Glukosa menjadi makanan kepada sel kanser ini dan menyebabkan sel aktif lalu merebak.

Beliau menekankan pengambilan makanan semulajadi atau 'super' yang mampu melawan sel kanser antaranya bawang putih, bawang besar dan bawang Bombay. Kalau bawang putih dan bawang besar, lebih baik diambil mentah manakala bawang Bombay lebih sesuai dimasak.

Antioksida dalam bawang bantu melawan sel kanser.

Allicin yang terdapat dalam bawang putih mempunyai ciri antibakteria, antivirus, antiradang dan antioksida menjadikannya makanan penawar penting buat pesakit kanser. Pesakit kanser digalakkan mengunyah sekurang-kurangnya 2 ulas bawang putih setiap hari untuk membantu membantutkan sel kanser.

Selain bawang yang mengandungi allicin, teh hijau dan kunyit juga bagus kerana bersifat antiangiogenesis iaitu menghalang bekalan darah ke sel kanser dan membantu membuang toksin. Teh hijau mengandungi folifenol yang turut membantu melawan sel kanser.

Teh hijau baik untuk pesakit kanser


Pengambilan air yang mencukupi juga sangat penting buat pesakit kanser dan seelok-eloknya ialah air yang dimasak kerana mempunyai zat penting untuk membekalkan oksigen kepada tubuh.

Setiap 20 kilogram berat tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 1 liter air bagi membolehkan tubuh memperoleh sumber mencukupi.


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit kanser semestinya produk makanan berproses , makanan segera dan makanan yang tinggi kandungan gulanya.

Bagi pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kanser, mereka digalakkan untuk makan makanan berprotein tinggi supaya boleh cepat sembuh selain mengekalkan sistem imun melawan penyakit.
Walau bagaimanapun, makanan protein berproses seperti sosej, daging, nuget daging atau ayam dan makanan berjeruk perlu dielakkan.


sumber :  hmetro, Ahad, 18 Februari 2018.



No comments:

Post a Comment