Saturday, 20 April 2019

Amalan-amalan Malam Nisfu Sya’ban

Malam ini…

Jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita kerana…hari ini 20hb.April 2019 adalah malam Nisfu Syaaban (sebaik sahaja masuk maghrib)

Malam Nisfu Syaaban; Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yang banyak dosa, melihat siapa yang mohon rezeki, mendengar rintihan orang yang ditimpa musibah. Oleh itu...

1- siapa yang banyak dosa; minta ampun

2- siapa yang rezeki sempit; minta rezeki

3- siapa yang ditimpa musibah; mohon dipermudahkan urusan

🌷Kerana.. pada mlm ini Allah melihat dan mencari para pendosa yang mohon taubat

🌷Kembalilah kepada Allah dalam keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dengan kita

🌷Waktu akhir zaman banyak kematian mengejut

🌷Malam yang dikabulkan segala doa.

🌷Tawaran hebat pada malam nisfu...Diampunkan dosa walaupun sebanyak bulu2 dibadan kambing.

🌷Payahnya kita nak bertaubat sebab terbeban dengan banyaknya dosa.

🌷Masuknya waktu maghrib petang 14 Syaaban hingga subuh 15 Syaaban. 

Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: 

"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar." ( Riwayat Ibnu Majah)


Dianjurkan :

❤️ Membaca SURAH YASSIN sebanyak tiga (3)x.
a. Surat Yassin yang pertama dibaca utk memohon panjang umur dan ketaatan/ketaqwaan serta dapat istiqomah kepada Allah SWT.

b. Surat Yassin yang kedua dibaca utk memohon diluaskan rezeki yg halal dan menolak bala.

c. Surat Yassin yang ketiga dibaca untuk memohon ditetapkan Iman Islam sampai akhir hayat.

❤️ Berdoa secara KHUSYUK meminta apa2 yang tersirat dalam hati, ini kerana Malam Nisfu Syaaban adalah MALAM yang sangat IJABAH utk dikabulkannya semua doa2 dan hajat2 yang diinginkan.

Bila disebarkan, maka Anda akan membuat beribu-ribu manusia berdzikir kepada Allah SWT.
Aamiin, Aamiin, Aamiin

Yaa Rabbal Aalamiin.

Utk saudara maraku semua semoga dimanfaatkan...


No comments:

Post a Comment