Tuesday, 23 April 2019

Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com

Alhamdulillah segala proses tukar domain dipermudahkan. Berpandukan step dari blog kat Put, berjaya juga Ainur buat sorang-sorang malam kelmarin. Terkial-kial juga sebab interface da berubah :P

Jadi Ainur nak share pulak step baru yang Ainur buat kalini.

Langkah-langkahnya seperti berikut :

1. Login akaun blogger. Dari Dashboard > Setting > Basic. Klik pada 'Setup a 3rd party URL for your blog'.


2. Masukkan domain yang anda telah beli dalam format www.(domain anda).com, kemudian 'Save' 


3. Satu notis berwarna berbunyi 'We have not been able to verify your authority to this domain' akan muncul. Jangan risau. Itu adalah normal untuk kali pertama apabila anda masukkan domain.

Screen shot. Kerana anda akan perlukan maklumat tersebut dalam akaun GoDaddy nanti.


Ok, sekarang login akaun GoDaddy anda.
Akan tertera My Product.



4. Klik DNS. 

5. Klik 'Add' dan pilih CNAME.




                                  


Masukkan xxxxxxxx pada ruangan 'Host' dan xxxxxxx.dv.googlehosted.com pada ruangan 'Points To'.

Edit CNAME sedia ada di bahagian RECORD dengan menukarkan simbol '@' di ruangan value kepada ghs.google.com.

Setelah selesai, semak semula data yang anda masukkan tadi di ruangan CNAME.


Balik semula ke akaun blogger anda. Kadang kala proses pertukaran domain mengambil masa 24 jam. Tetapi kes Ainur semalam, lepas selesai masukkan data di GoDaddy, Ainur check di akaun blogger dah siap dah. Cepat kan? 

OK, kita sambung semula.

6. Masukkan semula domain ke akaun blogger seperti di langkah 1 dan klik 'Save'.


7. Selepas 'Save', paparan seperti ini akan muncul. Sekiranya notis berwarna merah pada awal percubaan tidak muncul, ini bermakna anda telah BERJAYA! Yeayyy..

Tick pada kotak Redirect
                                                      

8. Klik 'Edit' dan tick pada 'Redirect'.

Tahniah! Anda telah berjaya menukar domain blogspot.com anda kepada .com!


Dalam bergembira tu, jangan lupa untuk semak 'Tetapan Auto Renew' dalam akaun GoDaddy anda untuk mengelakkan pemotongan duit dari akaun anda secara automatik apabila tiba masanya. Caranya adalah seperti berikut : 

1. Account Setting > Renewal & Billing > tick kotak di sebelah nama domain anda dan klik button 'Cancel Renewal'. 

                                     

Settle dah! Tak perlu gusar lagi. Cuma kena set reminder sendiri je untuk renew sebelum tamat tempoh. Kadang-kadang untuk renew pun ada promo code tau. Jimat sikit duit :P

OK! Semoga entri kali ini dapat membantu anda. Selamat berjaya dan happy blogging!








No comments:

Post a Comment