Wednesday, 8 May 2019

Apa Itu Makan Secara Sihat.

Makan secara sihat ialah makan mengikut piramid makanan.


Piramid Makanan Malaysia

Kalau time nak makan tu, dengan perut lapar, mampukah anda ingat piramid makanan ini?

Bagi mereka yang mempunyai ingatan yang bagus, mungkin akan ingat kan.
Tapi ianya agak susah untuk kita buat. Betul?

Jadinya, cara yang paling mudah untuk kita pastikan portion makan secara sihat ini ialah dengan cara SUKUSUKU SEPARUH.


Pinggan sihat Malaysia, SukuSukuSeparuh.

Suku yang pertama : 

Karbohidrat - terdiri daripada nasi, mi, roti, ubi, oat.


Suku yang kedua : 

Protein - terdiri daripada ikan, ayam, daging, kekacang.

Separuh seterusnya : 

Sayuran dan buah-buahan - sekiranya mengikut portion bersamaan 3 mangkuk sayuran dan 2 mangkuk buah-buahan.



94% dari rakyat Malaysia tidak mencapai saranan pengambilan buah dan sayur. Sebab tu ada masalah Obesiti dan Overweight.

Takut!

Jadinya, ambil peluang di bulan Ramadhan ini untuk kita sama-sama ubah corak pengambilan makanan kita.

Moga istiqamah.

Saya nak share tips bagaimana nak kawal pengambilan makanan kita di buffet ramadhan, kenduri kahwin, kantin atau majlis-majlis dengan hidangan buffet. Caranya ambil makanan secara terbalik atau melawan arah susunan biasa.

Dimulai dengan buah dahulu, sayur, protein dan last sekali karbohidrat.

Semoga membantu.



Ainur,
Pengedar Shaklee Melaka.
012-3960516.

No comments:

Post a Comment