Monday, 13 October 2014

Resipi Overnight Oats.

Fenomena overnight oats sedang melanda diri sekarang ini.
Sarapan enak yang sihat yang bisa menjimatkan waktu pagi anda. Wahh gitu!
Terima kasih kak Nit sudi share resipi dengan saya. Mohon halal ya saya share di sini resipi sedap tu.




Apa la overnight oats ni ye?

Overnight oats ni kalau kita translate kan jadi oat semalam. hahaha
Jangan pulak anda ingat kita makan basi ye.. (^_^)

Sebenarnya overnight oats ni sangat bagus kerana ianya tinggi serat. Makanan yang tinggi serat mampu mengenyangkan perut anda untuk tempoh yang lama. Dalam satu kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil kurang serat dalam diet seharian mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk naik berat badan. Cuba anda baca di web Kevin Zahri ni.
Dalam piramid makanan, kita juga disarankan makan lebih serat. Betul tak? Boleh rujuk di web MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lagi satu, overnight oats ni rendah kalori dan rendah lemak kerana semua bahan yang kita gunakan adalah rendah kalori dan low fat gitu.

Selain itu, ia juga tinggi kalsium kerana bahan asasnya ialah yogurt dan susu. ESP juga salah satu penyumbang kepada kalsium sebab tu saya campurkan ESP dalam overnight oats saya. Selain itu, saya juga tambahkan Collagen Powder Shaklee dalam overnight oats saya. Nak tahu kenapa? Klik je ya.

Ok lah, cukup serba sedikit tentang khasiat overnight oats tu. Meh tengok resipinya. Resipi ini anda boleh olah sendiri ikut selera anda. Boleh bubuh kekacang juga seperti badam atau walnut dan juga kismis. Tapi saya pilih fresh fruit. Hahaha

RESIPI OVERNIGHT OATS.

Bahan-bahan :

1/2 cawan oats. Boleh guna rolled oat atau instant oat.

1/2 cawan plain yogurt. Ramai suggest Greek Yogurt, tapi saya suka plain yogurt yang biasa tu. Lebih sedap. Jika anda nak guna yogurt berperisa pun boleh.

1/2 cawan susu segar. 

2 sudu besar madu. Makanan sunnah kita tambahkan, lebih elok ye dak?

2 sudu besar ESP. Nyummehhh!

Fresh fruits. Saya guna Strawberry dan blueberries.

1 peket Collagen Powder Shaklee. 


Cara-cara:

1) Campurkan oats, yogurt, susu dan ESP. Kacau hingga sebati. (Kalau guna shaker, shake     kan saja)

2) Masukkan madu dan kacau lagi.


3) Masukkan fresh fruits tadi dan kacau.


4) Tutup bekas anda dan simpan dalam peti sejuk. 

Esok, bolehlah anda bersarapan dengan overnight oats anda. Oh Ya! Collagen Powder tu anda tambahkan sebelum anda makan overnight oats anda tu ya. Bubuh sepeket dan kacau rata.

Anda boleh gunakan sebarang bekas bertutup. Tapi saya guna shaker eksklusif Shaklee tu. Ikut cikgu Nit. hihi.

Ok lah, selamat mencuba ya. 


Saya Pengedar Shaklee Pilhan Anda.

Ainur 
012-3960516
ainur.azura@yahoo.com



2 comments: