Thursday, 23 October 2014

Resipi Pancake Special.

Kecur air liur dakk baca tajuk entri?
Orang yang dah try Mealshake ni pasti kecur air liurnya.
Bukan kecur dek kerana rasa, tapi kecur kerana khasiat yang ada dalam pancake tu.

Mealshake ni kaya dengan protein, mineral dan 24 jenis vitamin kalau anda  nak tahu. Bukan tu je, kalsium pun ada sekali.  Mealshake  juga mengandungi serat yang bagus untuk anak anda dan anda juga. Bukan semua susu kat luar sana mengandungi serat ya . Jadinya, saya memang saran habis-habisan Mealshake ni sebagai supplement untuk anak anda. Pulak-pulak sekarang tengah promo Mealshake, beli 3 percuma 1, apa lagiii, rebutlah peluang untuk berjimat ni.

Ok dah, kang bebel panjang lagi. Saya nak share  resipi Mealshake yang saya buatkan untuk sarapan Marissa. Bukan harini, bukan semalam, tapi minggu lepas. Hehe.. Kekangan masa membantutkan saya untuk share resipi lebih awal. Jom kita mulakan.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/8 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu teh Mealshakes

Caranya :

Campur kesemua bahan dan blend.
Hehe.. Ni kerja orang rajin.

Saya guna blender comel. Blender ni dulu saya guna untuk buat puri Marissa.


Ambil satu senduk kecil dan tuang atas pan. 
Bila ada gelembung-gelembung udara kat atas permukaan pancake tu, anda balikkan.
Diamkan 1-2 minit dan angkat.

Mudahkan.

Saya tak campur gula dalan bahan di atas kerana saya sapukan nutella kat pancake tu. 
Jadi manis kan. Kalau tambah gula jadi double manis. Tak elok untuk anak anda.
Kalau nak makan dengan chocolate syrup atau madu pun boleh. Anda yang tentukan ikut selera anda.

Ok, selamat mencuba ya.


3 keping ni Marissa makan sorang tau.



No comments:

Post a Comment