Sunday, 26 October 2014

Resipi Puding Roti Special

Sempena promosi Mealshakes ni, haruslah segala resipi kita bancuh dengan Mealshakes.
Bancuh dalam susu anak tu da biasa sangat. Kita buat yang rare sikit.. hahaha

Petang tadi datang kerajinan nak memuding. Yang senang-senang saja. 1jam siap semuanya. Hehe

Jom tengok resipi. .

Bahan-bahan :

5 keping roti Gardenia. (dipotong kiub)
1 cawan susu segar*
1 biji telur*
1 sudu besar halus * (saya guna 1 1/2 sudu besar gula castor)
1 sudu kecil esen vanilla*
1 sudu besar butter * (caikan dan sejukkan)
2 sudu besar coklat cip. (saya guna lebih. hehe)
2 sudu besar Mealshakes*

Cara-caranya :

Satukan bahan-bahan bertanda (*) dan kacau dengan whisk, ketepikan. 

Nampak Mealshakes di situ?

Sapukan sedikit mentega di sekeliling bekas.
Susun separuh bahagian roti yang telah kita potong tadi.
Taburkan coklat cip rata-rata.
Kemudian curahkan sedikit bancuhan tadi. Agak-agak hingga roti tenggelam.
Lapiskan baki roti tadi dan taburkan coklat cip. Habiskan bancuhan tadi. 


Sebelum dimasukkan dalam oven.


Biarkan roti terendam seketika. Sambil tu jangan lupa panaskan oven ya


Kemudian bakar 30 minit dalam suhu 160.

Sementara tunggu puding siap. Kita sediakan sos kastard pula.

Bahan untuk sos kastard.

1 cawan susu segar
2 sudu besar air
1 sudu besar gula halus (saya guna 1 1/2 sudu besar gula castor)
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya :

Satukan semua bahan dalam bekas kecuali esen vanilla dan kacau rata sehingga tidak berketul.
Panaskan atas api sederhana.
Kacau je, jangan tinggalkan. Nanti sos jadi berketul.
Agak-agak sos da mula pekat, masukkan esen vanilla.Kacau lagi.
Tutup api. Biarkan sos kastard sejuk.

Sos kastard saya. Sedap. Tak manis sangat.

 Tinggg!! Puding siap. Sejukkan sikit.

Siap!!


Puding roti sedap dimakan ketika suam atau pun sejuk. 
Curahkan sos kastard secukupnya di atas puding roti ketika menghidang.
Nyummm.. Suami makan bertambah. Mak ayah pun kata sedap.
Selamat mencuba.

Jemput makan. hihi





No comments:

Post a Comment