Wednesday, 10 December 2014

Fakta Tentang Vitamin C

Seksi tengok Vitamin C ni kan? mihmihmih

Apa itu vitamin C?

Vitamin C ialah vitamin larut air dan ia mudah larut dalam badan. Badan kita hanya akan menyerap vitamin C yang diperlukan sahaja, yang selebihnya akan keluar melalui urin. 

Vitamin C ialah vitamin anti oksidan iaitu  nutrien yang menghalang beberapa kerosakan yang disebabkan radikal bebas (makanan tercemar, asap rokok,radiasi)
Radikal bebas ni la yang menyebabkan penuaan sebelum usia, kanser, sakit jantung dan arthritis.

Badan kita tak mampu untuk hasilkan dan menyimpan vitamin C untuk tempoh yang lama, oleh sebab itu kita memang perlu ambil supplement untuk diet seharian.


Kepentingan vitamin C.

  • pertumbuhan dan pembaikan tisu dalam bahagian badan.
  • membentuk protein penting yang digunakan untuk membina kulit, tendon, ligamen dan salur darah.
  • menyembuhkan luka dan membentuk tisu parut.
  • baiki dan kekalkan rawan, tulang dan gigi.
  • meransang pembentukan kologen.
  • membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
  • mebantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,
  • membantu meningkatkan sistem imun.
  • membantu memperbaiki masalah insomnia dan stress.
  • merangsang pengeluaran T-cells untuk membantu melawan kanser.
  • membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik.

Kesan kekurangan vitamin C.
  • anemia
  • keupayaan badan menurun untuk melawan penyakit
  • luka lambat sembuh
  • rambut kering dan bercabang
  • mudah lebam
  • radang gusi
  • hidung berdarah
  • kulit kering, kasar dan bersisik
  • bengkak dan sakit sendi
  • enamel gigi rendah

Siapa yang perlukan vitamin C?
  • perokok tegar
  • perokok pasif*
  • pesakit kencing manis
  • alami allergy atau asthma
  • kerap demam dan selsema
  • jalani pembedahan atau bersalin
  • alami stress
  • warga tua
  • mengandung atau menyusukan baby
  • ambil pil perancang
  • peminum alkohol

Makanan yang mengandungi vitamin C.
  • tembikai
  • buah-buahan citrus
  • kiwi
  • mangga
  • betik
  • nanas
  • buah-buahan berry
  • bayam
  • kobis
  • lobak
  • lada
  • sayur-sayuran hijau
  • keledek
  • tomato

Nak mudah? Ambil je vitamin C Shaklee.. Mihmihmih


Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 1/2 biji buah oren. 
Yang istimewanya vitamin C Shaklee ini akan membebaskan vitamin C ke dalam tubuh secara berperingkat mengikut keperluan badan. Menarik kan?

Jom hubungi saya untuk mendapatkan vitamin C anda.



 Ainur
012-3960516
ainur.azura@yahoo.com





No comments:

Post a Comment