Tuesday, 6 January 2015

Resipi Cheesekut Marie.

Projek pukul 10 malam semalam.
Gara-gara nak pulangkan Tupperware orang yang dah disimpan dari tahun lepas.
Malu makkkk...

Nak masak tak pandai.. Jadi ni je la yang mampu saya buat dalam masa yang singkat.
Masa sangat terhad sekarang ni akibat ketidak pandaian membahagi masa. (-_-")

Jadi dengan gigih dan gigil semalam saya keluarkan segala mixer dan bahan untuk bersilat sambil duduk di dapur semalam. Saya ambil resipi dari blog Ryo. Saya minta izin share resipi kat sini pula ye.

Ikut exactly bahan dalam tu. Saya akui agak susah nak cari biskut marie jenama Lee tu. Tapi kat Melaka ni, saya jumpa kat Cowboy. hewhewhew.

Kita mulakan.

Bahan  A
2 bungkus biskut Marie perisa coklat. 
500 ml susu segar, dipanaskan.

Bahan B
500 g cheese cream. (saya guna Tartura je)
10 ml susu segar.
1/2 cawan gula halus. (saya guna caster sugar)

Sediakan loyang berukuran 9x9. Seeloknya loose pan sebab senang nak keluarkan nanti.
Lapik dengan baking paper atau kertas minyak.
Tapi saya pakai bekas kecik-kecik je.. hehe. Senang nak bagi kat kawan tu.

Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.

Panaskan susu segar dan tutup api.
Ambil sekeping-sekeping biskut. Celup dalam susu tadi dalam anggaran 1 saat je dan terus susun dalam loyang.
Susun rapat-rapat tau.
Pastu bubuh adunan cheese tadi. Ratakan.
Ulang proses melapis hingga selesai.
Pastikan lapisan terakhir ialah cheese.

Kemudian ambil baki biskut dan blend kan. Pastu tabur atas cheese tadi.
Tekan-tekan sikit tau.
Lepastu simpan dalam peti sejuk anggaran dalam 6 jam sebelum dipotong.

Siappp.. 
Senang dan cepat kan? Semalam buat separuh adunan je. Dalam sejam da settle.

Pagi ni da selamat agih-agihkan. Alhamdulillah, sedap katanya.
Saya tak boleh komen sebab saya sendiri tak dapat makan, Nanges! Sebab cukup-cukup untuk pulangkan kat kawan-kawan saya yang empunya Tupperware tu.

Malam ni nak buat lagi k.

Belanja pic 1. hehe
Dapat 2 bekas ni dan 1 bekas lebih kecil.







No comments:

Post a Comment