Wednesday, 17 January 2018

Melancong bersama anak kecil semasa musim sejuk.

Saya akui persiapan untuk anak untuk ke Jepun pada Disember lepas memang lebih diutamakan dari sendiri. Pelbagai tips, nasihat dan info saya cari untuk memastikan kesihatan anak sentiasa dalam keadaan baik semasa di sana. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala usaha kami dan dengan izin Allah, Marissa lah yang terpaling sihat dan seronok di Jepun. Bila anak sihat dan gembira, ibu bapa double gembira, ye kan?

Di sini saya kongsikan beberapa panduan untuk rujukan kita bersama.

  • Mask (Penutup mulut & hidung) 
Selain earmuff, mafla, beanie hat dan glove, mask ni penting sebab dalam keadaan cuaca yang sejuk dan kering di Jepun, dikhuatiri mudah dijangkiti batuk dan selsema. Selain tu, ia juga membantu bibir dan hidung ‘membeku’ 😅
  • Lip balm
Jangan lah lupakan lip balm sang anak ye ibu-ibu. Kesian nanti bibir mereka mengelupas. 


  • Mandian / shower gel
Kami gunakan mandian Cetaphil sepanjang di sana dan alhamdulillah, kulit kami tidak kering dan mengelupas atau bersisik. Semasa cari info tempoh hari terjumpa post mengenai Cetaphil ni. Jadi memang tidak syak lagi. 

  • Mandi air sejuk
Mesti ada yang kata gila kan? Tapi mandi atau bilas badan dengan air sejuk dapat mengelakkan kulit jadi gatal atau kemerahan ketika musim sejuk. Kalau mandi dengan air suam pun, last sekali bilas dengan air sejuk, Insha Allah kulit tidak akan tegang dan gatal.

  • Vaseline
Saya bukan saja gunakan Vaseline ni sebagai pelembap bibir atau tumit kering tetapi saya sapukan Vaseline ni kat tangan, kaki dan muka (nipis) selepas mandi bagi menggantikan lotion. Dan kemudian saya bekalkan Herbal Blend dari shaklee untuk kegunaan semasa diluar. Kene sentiasa pastikan bibir dan kulit kita lembap tau kalau taknak ia jadi bersisik dan kering.
  • Pastikan kelembapan udara di dalam bilik tidur/hotel anda terkawal.
Haaa kalau anda dapat rumah/hotel yang siap ada air purifier tu bersyukurlah. Anda tak perlu risau lagi. Tapi bagi yang tiada kemudahan seperti itu (macam kami) apa yang kita boleh buat ialah letakkan semangkuk air dan gantungkan juga towel bersaiz sederhana yang lembap di dalam bilik sebelum tidur. Insha Allah ia dapat membantu meningkatkan kelembapan udara dalam bilik semasa kita tidur.
  • Heater berfungsi dengan baik.
Sila pastikan rumah yang bakal anda duduk nanti mempunyai kemudahan heater dan berfungsi dengan baik. Takkan tidur pun nak pakai 4-5 lapis baju kan 😂
  • Pastikan minum air yang cukup.
Untuk memastikan badan kita kekal hidrat, sila pastikan anda minum air masak yang banyak walaupun akibatnya anda akan ke toilet tidak terkira bnyaknya.. takpe weh! Toilet kat Jepun best dan bersih. Ku rela sajaaa 😉

Ok rasanya ni sahaja. Kalau ada lagi yang tertinggal saya update post ni ya..
Daaa~

No comments:

Post a Comment