Sunday, 12 May 2019

Selamat Hari Ibu 2019


Selamat hari ibu buat mak. Walaupun setiap hari adalah hari yang istimewa buat mak tapi hari ni nak juga join the crowd buat ucapan :)

Terima kasih mak kerana melahirkan kami adik-beradik, menjaga kami, mendidik kami dengan penuh kasih sayang dan sentiasa memberi sokongan penuh kepada kami dalam apa jua yang kami lakukan. Terima kasih juga untuk semua doa mak untuk kejayaan kami di dunia dan akhirat. Moga Allah makbulkan semua doa-doa mak kerana sesungguhnya janji Allah doa ibu tiada hijab.

Kami semua sayang mak dan ayah, Lillahi Ta'ala. Kami sentiasa doakan mak dan ayah dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang berkah, bahagia bersama kami semua, dimakbulkan semua doa dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Mak dan ayah lah syurga kami di dunia. WE LOVE YOU MAK & AYAH.



Ainur,
Pengedar Shaklee Melaka yang penyayang.
012-3960516


No comments:

Post a Comment