Thursday, 16 April 2020

Resipi Kuih Bakar Pandan Lembut dan Sedap

Hai semua.

Hari ni Ainur nak share resipi kuih bakar pandan yang sedap dan lembut sangat-sangat.
Kebetulan semalam Melaka bercuti sempena Melaka Bandaraya Bersejarah jadinya tiada tugasan pejabat yang perlu dibuat.

Resipi ni mudah sangat-sangat.
Ainur pun baru pertama kali cuba buat sendiri. Alhamdulillah menjadi.
Pada awalnya takut juga x jadi sebab adunan cair. Takut sebab derhaka kat resipi tu.
Dalam resipi kata gaul bahan hingga sebati tapi Ainur blend bahan hingga sebati 🤣

Ok, taknak cerita panjang lagi. Resipi ni Ainur ambil dari buku Chef Hanieliza ya.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
3 cawan jus pandan (10 helai daun pandan -dikisar)
3 biji telur gred A
1 cawan gula pasir
2 sudu besar marjerin cair
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna hijau
2 sudu besar bijan yang telah disangai. (Untuk topping)

Cara-caranya

1) Panaskan oven pada suhu 180c selama 15minit.
2) Satukan semua bahan kecuali bijan dan gaul sebati. (Ainur blend je semua)
3) Sapukan marjerin pada loyang 8x8 dan tuang adunan tadi.
4) Taburkan bijan di atas adunan.
5) Bakar dengan suhu 180c selama 60 minit atau sehingga masak.

*suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing ya.

Biarkan sejuk kemudian baru potong kerana ketika masih panas kuih bakar tersangatlah lembik.

Sebenarnya untuk kuih bakar ni boleh juga bakar terus di atas dapur sekiranya anda mempunyai acuan atau loyang yang sesuai. Ada juga yang bakar dengan magic pan.
Ikutlah kreativiti anda k.

Selamat mencuba!

Kuih Bakar Pandan

No comments:

Post a comment