Tuesday, 14 April 2020

Resipi Pizza versi Wraps ~ Gardenia Roll-Up Wraps


Pizza Wrap ~ Gardenia Roll-Up Wraps Wholemeal


Hi! Tengah duduk rumah ke tu? 😄
Alhamdulillah.. Tahniah! Andalah salah seorang rakyat Malaysia yang patuh pada arahan. Kerana sesungguhnya patuh dan taat itulah adalah sifat seorang muslim.

Daripada Abdullah RA, daripada Nabi SAW bersabda : "Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati."  (Mutta faqun Alaihy, hadith riwayat al-Bukhari : 7144, Muslim : 1839, Abu Dawud : 2626, At-Tirmizi : 1707)

Ok. Harini Ainur nak share satu menu ringkas yang sedap untuk anda nikmati bersama keluarga di musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan atau lebih ringkas dipanggil PKP ni.

Pizza guna Roll-Up Wraps atau tortilla wraps. Ainur guna dari brand Gardenia. Murah dan sedap! Lembut je wraps tu. Nak lipat atau gulung jadi sangat mudah.

Bahan yang anda perlukan ialah :



1) Gardenia Roll-Up Wraps (Tak kisah Origanal, Garlic atau Wholemeal ikut stock yang ada di rumah)
2) Sos Tomato Prego
3) Pepperoni
4) Cheddar Cheese
5) Mozarella Cheese

Cara-caranya seperti berikut :


Potong wraps kepada 2 bahagian.
Setiap satu bahagian disapukan dengan sos tomato Prego kemudian taburkan mozarella cheese dan letakkan pepperoni atau sausage, daging cincang, ayam cincang pun boleh ikut citarasa kita. Lepas tu boleh letakkan cheddar cheese yang dipotong kecil. Ainur potong 1 keping cheddar cheese ni kepada 5 bahagian.


Selepas selesai step pertama tadi, bolehlah lipat wraps menjadi bentuk kon. Caranya seperti di sini. Dan susunlah kon pizza anda di atas pan pizza atau loyang untuk dibakar di dalam oven selama 15 minit dengan suhu 160c. Suhu dan masa ikut oven masing-masing ya.

Pizza sebelum di bakar 

Sebelum bakar pizza wraps kita ni, bolehlah tabur lebihan mozarella cheese tu di atas. Untuk effect cheese tarik-tarik gitu.


Keluar dari oven, dah boleh hidangkan terus 🤤
Masa ni panas lagi rasanya tapi dah tak sabar nak snap effect cheese tarik tu 🤣
Yang mudahnya pizza ni tak perlu nak potong dah, boleh terus ambil satu kon pizza tu dan ngap!

Makan dengan sos cili

Pizza wraps ni serius sedap. Ainur tak pernah buat pizza guna base wraps sebab rasa nipis sangat. Tapi yang ni sebab kita lipatkan jadi bentuk kon, rasa tebal sikit.
Pizza ni kalau makan gitu je pun dah sedap tau.
Tak percaya cubalah.

Selamat berpizza.


Ainur Azura
Melaka~

No comments:

Post a comment